12,083 DOS VAKSIN AKAN DIBERI TERMASUK IBU MENGANDUNG DI JERANTUT
12,083 DOS VAKSIN AKAN DIBERI TERMASUK IBU MENGANDUNG DI JERANTUT
PEMBERIAN VAKSIN AKAN DIBERI MULAI 30 OGOS SEHINGGA 5 SEPTEMBER INI
JERANTUT: Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Jerantut akan memberi 12,083 dos suntikan vaksin pertama dan kedua mulai 30 Ogos hingga 5 September ini di 13 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan PPV yang dibuka di tempat yang disediakan.
Sebanyak 9,437 suntikan dos pertama dan sebanyak 2,646 dos kedua termasuk 200 suntikan vaksin dos pertama untuk ibu mengandung turut akan diberi pada 1 September ini di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut.
Pegawai Kesihatan Daerah (PKD), Dr. Mohd Amir Faisal Datuk Mohd Khairi berkata, 13 PPV itu adalah di ADTEC Jerantut, Dewan Datuk Chu Rahimah, Xcape di Kuala Tahan dan Klinik Kesihatan (KK) Damak.
Manakala, pasukan Outreach PKD turut berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Lepar Utara 3, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lepar Utara 2, SMK Padang Piol, di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) dan di SK Bukit Nikmat.
“Pasukan ini turut berada di di Penempatan Orang Asli (OA) Matau sebanyak 72 dos, OA Bangkong (24 dos), pasukan Mercy (37 dos) akan memberi suntikan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) terlantar dan Pondok Alimaniyah sebanyak 36 dos.
“Semua PPV tersebut melibatkan penduduk di Lepar Utara 1, 2 dan 4 termasuk penduduk Padang Piol, Ulu Retang, Pasir Durian, dan Gajah Mati,” katanya.
Katanya, jadual dan tempat serta mereka yang terlibat mengikut lokaliti masing-masing sudah dimaklumkan melalui aplikasi MY Sejahtera.
“Dos pertama jenis Pfizer 8,520 dos; AstraZeneca (880 dos) dan Sinovac (37 dos) berjumlah 9,437; manakala dos kedua pula jenis Pfizer sebanyak 2,514 dos; AstraZeneca (36) dan Sinovac (96) berjumlah 2,646 dos akan diberi,” katanya.-SAHIH