KEHANGATAN 31 OGOS MULAI TERASA
KEHANGATAN 31 OGOS MULAI TERASA
Beberapa hari menjelang sambutan hari Kebangsaan ke-64 pada 31 Ogos ini mulai terasa kehangatan apabila Jalur Gemilang mula berkibar di merata tempat serta dihiasi dengan kreatif.
Di Felda Jengka 24, penduduk di situ bergotong royong memasang bendera di rumah masing-masing malah turut mendirikan wau gergasi dengan dihiasi bendera di sekelilingnya.
Rosman Marman, 71 tahun turut memasang bendera di Vespanya yang berusia 58 tahun untuk mengelilingi kawasan Felda dengan isteri untuk menyemarakkan semangat patriotik di Felda Gelanggi Dua, Jerantut.
Manakala adik Nur Umariah Mohd Adam Safuan, 5 tahun turut tidak mahu terlepas peluang untuk menghiasi basikal di Kluang, Johor. Dia rasa bangga dengan basikalnya yang dipasang bendera.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hulu Tembeling, Abdul Manaf Mat bersama pekerjanya tidak melepaskan peluang untuk menyambut hari kebangsaan dengan memasang bendera di sekitar sekolah tersebut.
Penduduk di Taman Inderapura, Jerantut turut menunjukkan semangat patriotik memasang bendera di kediaman masing-masing termasuk jalan masuk ke Taman ini turut dipasang bendera oleh Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman ini.
Mat Ariffin Mat deris yang tinggal di Kampung Tanjung Buluh, Kerambit, Lipis pernah bersama rakan lain bertempur dengan pengganas Komunis di daerah Weng, Sungai Golok dan semasa pertempuran itu mereka berjaya menembak mati seorang serta mencederakan rakan pengganas lain. -SAHIH.