MANGSA TEMBAK ADA ENAM REKOD JENAYAH, PERNAH DIKEHENDAKI POLIS
MANGSA TEMBAK ADA ENAM REKOD JENAYAH, PERNAH DIKEHENDAKI POLIS
SHAH ALAM – Seorang lelaki yang maut ditembak ketika memandu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Range Rover di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh semalam didapati mempunyai enam rekod jenayah sebelum ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, semakan mendapati antara rekod jenayah dimiliki suspek termasuk berkaitan samun dan ugutan jenayah.
“Kita masih menyiasat penglibatan mangsa dalam kes dan juga apa jua aktiviti yang mungkin menyebabkan berlakunya insiden tembakan tersebut.
“Mangsa berusia 42 tahun juga pernah menjadi antara individu dikehendaki polis sebelum ini namun sekarang tiada,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini insiden tembakan melibatkan seorang lelaki di Jalan BRP 2/1, Bukit Rahman Putra di sini semalam
Menurut beliau, tiada tangkapan setakat ini namun kita menemui salah sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipercayai digunakan suspek dijumpai dibakar pada jarak 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.
Arjunadi menegaskan semakan mendapati kenderaan itu dicuri di Klang pada 2019, lapor KOSMO online
“Selain itu, lokasi kejadian ada berhampiran dengan rumah mangsa dengan hasil pemeriksaan mendapati empat das tembakan pada badan mangsa,” jelasnya.