SEMUA 32,000 PENDUDUK CAMERON HIGHLANDS DIJANGKA SELESAI SUNTIKAN KEDUA, HUJUNG BULAN INI
SEMUA 32,000 PENDUDUK CAMERON HIGHLANDS DIJANGKA SELESAI SUNTIKAN KEDUA, HUJUNG BULAN INI
CAMERON HIGHLANDS, 5 OGOS : Kesemua 32,000 orang di sini, yang layak mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dijangka melengkapkan dua dos mereka menjelang hujung bulan ini.
Ketika ini, sebanyak 70 peratus penduduk di tanah tinggi itu telah selesai menerima vaksin dos pertama sejak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Puncak Arabella dibuka pada Mei lalu.
Menurut ketua PPV Puncak Arabella, Dr Yu Kong Siong, perjalanan pemberian vaksin kepada penduduk di daerah itu mendapat kerjasama baik daripada semua pihak.
Salah seorang penduduk di Cameron Highlands yang menerima suntikan vaksin Covid-19.
“Bagi mempercepatkan had imuniti kelompok vaksinasi, KKM dengan bantuan sukarelawan MYVAC akan melakukan program outreach ke rumah penduduk yang belum menerima suntikan vaksin.
” Kami dengan pihak sukarelawan MYVAC telah mengambil inisiatif untuk ke rumah mencari orang yang belum menerima vaksin lagi.
“Hal ini supaya kita boleh mempercepatkan proses immuniti kelompok supaya semua aktiviti Cameron Highlands pulih secepat mungkin,” katanya.
Sementara itu katanya, seramai 2,000 daripada masyarakat orang asli di daerah itu telah menerima suntikan vaksin dos pertama hasil program outreach yang dijalankan di perkampungan orang asli.
Dalam perkembangan lain, seramai 10,000 warga asing yang bekerja di tanah tinggi itu dijangka akan turut menerima vaksin selepas selesai suntikan kepada semua penduduk.
Setakat ini, pihaknya telah menerima 500 permohonan warga asing daripada aplikasi mysejahtera untuk mendapatkan tarikh temujanji.