WARGA EMAS MAUT LEMAS DI LAUT
WARGA EMAS MAUT LEMAS DI LAUT
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas maut akibat lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut di hadapan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini hari ini.
Komander Operasi dari balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Azmi Johar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.08 petang, lapor KOSMO online
“Setibanya di lokasi, didapati terdapat mayat seorang lelaki berusia lingkungan 60-an terapung-apung pada jarak 10 meter dari tebing.
“Anggota bomba bertindak membawa naik mayat mangsa ke tebing dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau turut memberitahu, operasi berkenaan kemudiannya ditamatkan pada pukul 1.40 petang.