HUJAN BATU GEMPAR PENDUDUK DI TANAH MERAH
HUJAN BATU GEMPAR PENDUDUK DI TANAH MERAH
TANAH MERAH – Hujan batu yang turun kira-kira 10 minit menggemparkan beberapa kawasan di daerah ini, berlaku kira-kira jam 5.30 petang petang semalam.
Penduduk di Taman Seri Remah, Zubaidah Che Salleh berkata, ketika dia sedang berada di dapur terdengar bunyi kuat di bumbung rumahnya, satu bunyi yang luar biasa.
“Saya hairan di luar nampak kelihatan hujan tetapi bunyi yang kuat, setelah diamati, hujan batu sebesar guli.
“Jarang berlaku, keadaan ini menakjubkan, mujur tiada berlaku kerosakan di bahagian bumbung rumah saya,”katanya.
Penduduk di Taman Damai, Fayazila Hussein berkata, kejadian berlaku kira-kira 10 minit, ini kali pertama dia melihat air hujan bersama air batu yang jernih seperti manik.
“Mulanya saya terkejut dengan kejadian itu, teruja kerana ini merupakan kali pertama fenomena seperti ini berlaku dan saya dapat melihat kejadian ini di hadapan mata sendiri.
“Saya sempat mengambil beberapa butir ketulan air batu dan menyimpannya di dalam peti sejuk,” katanya.-SAHIH.
Foto- Media Sosial