PESANAN SUARA LAMA TULAR CETUS PANIK
PESANAN SUARA LAMA TULAR CETUS PANIK
TEMERLOH: “Saya sedih dan bimbang akan dipersalahkan dengan penularan pesanan suara lama saya mencetuskan panik berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan perumahan ini,” kata Shaiful Afandi Ismail, hari ini .
Beliau Jawatankuasa Komunikasi Koprat Masjid Taman Temerloh Jaya mengakui pesanan suara itu adalah miliknya ketika berlaku PKPD kali pertama di kawasan perumahan itu yang mencetuskan kebimbangan penduduk sejak 2 hari lalu.
“Benar suara itu suara saya, tapi pesanan suara itu yang lama semasa PKPD kali pertama berlaku di tiga kawasan taman perumahan ini.
“Kira-kira 12,000 penduduk di Taman Temerloh Jaya, Taman Temerloh Jaya Indah dan Taman Temerloh Makmur, di sini mula menghubungi pelbagai pihak untuk mendapatkan kepastian berkaitan pesan suara lama saya yang tular itu,” katanya ketika dihubungi SAHIH..
Shaiful berkata, dia turut dihubungi banyak pihak termasuk pihak polis, oleh itu dia akan membuat satu laporan polis hari ini.
Katanya, kawasan perumahan itu sudah dua kali dikenakan arahan PKPD, mungkin juga ada individu menggunakan semula pesanan suara lama itu memandangkan keadaan kes baharu banyak berlaku di kawasan itu.
“Semalam sahaja (21 Julai) di Temerloh Jaya ada 40 kes, Temerloh Jaya Indah (6) dan Taman temerloh Makmur (15), manakala terdapat 3 kes kematian.
“Mungkin angka yang semakin meningkat menyebabkan pesan suara lama saya ditularkan semula, saya berharap jangan tularkan lagi pesanan suara lama itu, kita tunggu arahan terkini daripada pihak berwajib,” katanya.-SAHIH.