DADAH BERNILAI RM1.47 JUTA DIRAMPAS DAN SITAAN DIANGGARKAN RM1.25 JUTA
DADAH BERNILAI RM1.47 JUTA DIRAMPAS DAN SITAAN DIANGGARKAN RM1.25 JUTA
TIGA LELAKI DAN SEORANG WANITA TURUT DITAHAN DALAM SERBUAN RAMPASAN DADAH DAN KESALAHAN SENJATA API
GEORGE TOWN: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang telah berjaya menangkap tiga lelaki dan seorang wanita serta merampas sepucuk senjata api bersama satu kelopak berisi 13 butir peluru dan dadah jenis Syabu dan Heroin di sekitar Seberang Jaya dan Seberang Perai Selatan Pulau Pinang, hari ini.
Nilai rampasan keseluruhan rampasan dadah tersebut bernilai RM1.47 juta yang boleh digunakan untuk 404,500 orang penagih, manakal nilai keseluruhan sitaan dianggarkan bernilai RM1.25 juta.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjat api (Penalti lebih berat)1971 yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan tidak kurang 6 kali.
“Perbuatan itu turut disiasat di bawah Sekyen 8 (a) Akta Senjata 1960 membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, “ katanya dalam sidang media yang diadakan.
Katanya, kes juga disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori atau pemenjaraan seumur hidup dan jika tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada 15 sebatan.
“Polis Diraja Malaysia khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang akan terus memastikan kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah dapat dibanteras habis-habisan,” katanya.-SAHIH.
Sumber – PDRM Pulau Pinang