PENEROKA FELDA WILAYAH JENGKA SAMBUT BAIK, PELUPUSAN, SEBAHAGIAN PINJAMAN
PENEROKA FELDA WILAYAH JENGKA SAMBUT BAIK, PELUPUSAN, SEBAHAGIAN PINJAMAN
JERANTUT: Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka, cukup bermakna kepada peneroka di Wilayah Jengka khususnya dan seluruh negara amnya.
Pengumuman yang dinanti nantikan selama ini dianggap sebagai berita gembira dan hadiah terbaik untuk peneroka khususnya peneroka generasi pertama dan kedua pada Hari Peneroka tahun ini.
Exco Jawatankuasa Kemajuan, Keselamatan Rancangan (JKKR) Wilayah Jengka, Razak Daud , 60, berkata, ini adalah berita yang amat dinantikan oleh 14,957 peneroka dari 37 buah rancangan di Felda Wilayah Jengka.
“Kita warga Felda memang sangat mengalukan langkah itu dan berterima kasih kepada Perdana Menteri dan Felda kerana melupuskan hutang peneroka sebanyak 80% iaitu RM 8.3 billion.
” Inilah saat yang di nantikan serta amat mengembirakan peneroka. Dengan pelupusan sebanyak 80% ini secara tidak langsung peneroka hanya perlu membayar 20% sahaja lagi,” katanya.
Beliau berkata, tidak secara langsung boleh menstabilkan pendapatan peneroka yang sebelum dibelenggu hutang terutamanya ketika harga kelapa sawit yang tidak menentu.
” Langkah ini memberi keceriaan kepada peneroka dan mula berasa lega daripada beban hutang yang terpaksa ditanggung selama ini apatah lagi ketika ini harga kelapa sawit juga amat baik.
” Justeru itu saya berharap golongan peneroka perlu berubah sikap dan pemikiran serta berazam menggunakan manafaat ini untuk mengembalikan kegemilangan Felda,” katanya.
Bagi peneroka Felda Jengka 24 Zulmi Abd Rahman , 62 menyifatkan pengumuman Perdana Menteri ini adalah hadiah besar Aidiladha tidak berapa lama lagi, walaupun terpaksa lagi beraya dalam suasana pandemik COVID 19.
Katanya, usaha kerajaan kini untuk menjadi Felda sebagai syarikat perladangan terulung di dunia, perlu disahut oleh generasi ketiga dan kempat peneroka kerana mereka yang bakal mewaris kelangsungan Felda di masa hadapan.-SAHIH