DUA BANDUAN YANG LOLOS PENJARA AKHIRNYA DITANGKAP POLIS
DUA BANDUAN YANG LOLOS PENJARA AKHIRNYA DITANGKAP POLIS
KUCHING: Dua banduan yang masih lolos dari Penjara Puncak Borneo pada Rabu lalu akhirnya berjaya diberkas polis sebentar tadi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak (CP) Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi turut mengesahkan perkara tersebut.
Mohamad Fikrry Azzarudin Abdullah, 26 tahun, berasal dari Sibu dan Rahmat Simbolan, 38 tahun, warga Indonesia ditangkap sekitar jam 2.30 petang di pinggir hutan berdekatan dengan Taman High Park, Batu 12 Kuching.
Menurut laporan LIVE RTM di Facebook, beberapa pasukan polis termasuk Pasukan Tiger Platoon menyerbu masuk ke kawasan tersebut bagi menakut-nakutkan kedua-dua banduan supaya keluar dari hutan berkenaan, lapor BH
Terdahulu, empat banduan melarikan diri dari Penjara Puncak Borneo dan keluar menghala ke kawasan hutan yang berhampiran sekitar jam 5.12 petang namun dua banduan iaitu Diveni dan Bobin berjaya di berkas pada hari yang sama.