DE PAULA KETUAI SERANGAN HARIMAU MALAYA
DE PAULA KETUAI SERANGAN HARIMAU MALAYA
PETALING JAYA: Harimau Malaya membuat dua pertukaran pemain dalam kesebelasan utama dengan mengekalkan sembilan pemain daripada skuad yang tewas 4-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) berdepan Vietnam pada saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebentar nanti.
Guilherme de Paula terus diberi kepercayaan untuk mengetuai jentera serangan manakala Dion Cools dan membentuk gandingan di pertahanan tengah bersama ketua pasukan, Aidil Zafuan Abd. Razak.
Pemain naturalisasi, Liridon Krasniqi diletakkan di bangku simpanan bersama Nor Azam Azih, digantikan dengan Syafiq Ahmad dan Brendan Gan.
Corbin-Ong dan Matthew Davies masing-masing mengisi bek kiri serta kanan, manakala Farizal Marlias diberi tanggungjawab menggalas tugas penjaga gol.
Melengkapkan pasukan Safawi Rasid (sayap kanan), Syamer Kutty (tengah bertahan) dan Mohamadou Sumareh (sayap kiri).
Anak-anak buah Tan Cheng Hoe turun dengan misi memburu kemenangan untuk mencerahkan peluang melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia dan pusingan akhir Piala Asia, lapor Utusan Online.
Vietnam pula turun tanpa dua tonggak tengah, Nguyen Quang Hai dan Nguyen Tuan Anh namun situasi itu tidak memberi kerisauan buat pengendali skuad Naga Emas, Park Hang-Seo .
Selamat berjuang Harimau Malaya