PEJABAT LHDN DI TERENGGANU DAN PAHANG DITUTUP UNTUK SANITASI
PEJABAT LHDN DI TERENGGANU DAN PAHANG DITUTUP UNTUK SANITASI
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menutup sementara beberapa pejabat dan cawangannya di Terengganu dan Pahang, bagi tujuan sanitasi.
LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan, pejabat dan cawangan yang terbabit adalah Pusat Khidmat Hasil (PKH) Besut, Terengganu yang akan ditutup mulai hari ini dan kembali beroperasi pada 16 Mei.
Gambar Hiasan
Sementara, Pejabat Pengarah Negeri Pahang, Cawangan Kuantan dan Cawangan Siasatan Kuantan di Menara Hasil Kuantan pula akan ditutup mulai 10 Mei dan kembali beroperasi pada 25 Mei, lapor BH ONLINE.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 03-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan.