TIADA RENTAS NEGERI, DAERAH SELAMA EMPAT MINGGU
TIADA RENTAS NEGERI, DAERAH SELAMA EMPAT MINGGU
PETALING JAYA- Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak polis di seluruh negara adalah tidak dibenarkan selama empat minggu berkuatkuasa dari 10 Mei hingga 6 Jun depan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua aktiviti sosial juga tidak dibenarkan dijalankan orang ramai sepanjang tempoh berkenaan.
“Aktiviti sosial itu termasuklah majlis kenduri, perkahwinan, keraian dan lain-lain selain aktiviti pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam.
“Selain itu, majlis rasmi dan sosial secara bersemuka oleh kerajaan dan swasta juga tidak dibenarkan,” katanya di sini tadi, lapor KOSMO online.
Pun begitu, katanya, keputusan sekatan itu akan disemak semula selepas dua minggu.