HASRAT TINGGAL BERSAMA TIDAK KESAMPAIAN
HASRAT TINGGAL BERSAMA TIDAK KESAMPAIAN
TEMERLOH : Hasrat untuk membawa kami tinggal di Sibu, Sarawak selepas Hari Raya Aidil Fitri tidak kesampaian
” Nampaknya hasrat suami saya tidak kesampaian, ” kata Nurfitrah Ramli, 24 isteri mangsa Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran, 25 yang mati tertembak di Sibu Sarawak semalam.
Nurfitrah berkata, pada hari kejadian beliau ada menelefon suaminya Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran, lebih 50 kali tetapi tidak diangkat dan keadaan itu menimbulkan tandatanya kepadanya.
Katanya beliau begitu gusar dan mula memikirkan perkara yang tidak baik berlaku kerana biasanya suami akan angkat panggilan walaupun ketika bertugas.
Menurutnya, ketika cubaan seterusnya beliau mendapat panggilan daripada rakannya memaklumkan kejadian tragis itu kira-kira pukul 8.00 malam.
” Saya amat terkejut mendengar berita tidak diduga itu yang berlaku kira-kira 7.30 petang itu dan saya hampir pengsan kehilangan orang tersayang di bulan Ramadan ini,, ” katanya ketika ziarah Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Lanchang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin lewat petang ini.
Katanya, suami baharu dua bulan bertugas di Ibu Pejabat Polis ( IPD ) Sibu Sarawak selepas menamatkan kursus kepolisan di Pusat Latihan Polis Segamat.
Beliau berkata , selama dia berkursus 6 bulan kami tidak pernah bertemu kerana halangan pandemik covid-19.
” Kami hanya dapat berjumpa dalam tempoh sejam di Lapangan Terbang Kuala Lumpur sebelum berangkat ke Sarawak.
‘” Dalam tempoh sejam itu kami melepaskan rindu dan dia dapat menatap wajah anak perempuannya, NurAlisya, berusia setahun dua bulan buat kali yang terakhir, ‘ katanya yang tinggal bersama ibunya di Felda Bukit Damar, Lanchang,
Dalam kejadian semalam Konstabel Norhalim Tumiran, 25, maut kerana terkena tembakan di sebuah rumah di Sibu Sarawak.
Siasatan awal polis suspek seorang rakan mangsa dikatakan bergurau dengan mengacukan pistol ke arah Allahyarham sebelum tertekan picu dan tertembak ke arah sebelah kanan kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ibu Jamilah Daman, 60, berkata, Norhalim adalah anak bongsu daripada tiga beradik dan sangat berminat menjadi anggota polis sejak kecil.
” Nampaknya cita-citanya tercapai tetapi sayangnya hayatnya dalam kerjaya itu hanya sekejap berikutan kematiannya tidak diduga itu,” katanya.
Sementara itu Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin memcadangkan kerajaan menyediakan skim pencen kepada balu bagi membiayai membesarkan anak tunggal pasangan itu.
Jenazah Konstabel Norhalim Tumiran, 25, yang tertembak oleh rakan di Sibu Swak akan dibawa pulang ke Felda Bukit Damar, Lanchang, Pahang dijangka sampai tengah malam ini.-SAHIH