KANAK-KANAK 10 TAHUN TERSEPIT MESIN TEBU
KANAK-KANAK 10 TAHUN TERSEPIT MESIN TEBU
JASIN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan kesakitan selepas jari sehingga pergelangan tangan kirinya hancur akibat tersepit di mesin pemerah tebu dalam kejadian di Taman Serkam Jaya, di sini, malam tadi.
Difahamkan dalam kejadian pada kira-kira 7.45 malam itu, kanak-kanak tersebut cedera ketika membantu bapanya yang berniaga air tebu di bazar Ramadan di taman berkenaan.
GAMBAR HIASAN
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.49 malam dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.
“Sejurus tiba di tempat kejadian, pihak bomba menjalankan operasi mengeluarkan tangan kiri mangsa daripada mesin pemerah itu dan mengambil masa kira-kira 15 minit, lapor Bernama.
“Tangan kiri kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan sebelum mangsa itu kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans,” katanya.