BUBUR LAMBUK KAMPUNG BARU UNTUK ORANG BENTONG
BUBUR LAMBUK KAMPUNG BARU UNTUK ORANG BENTONG
BENTONG: Walaupun tidak dapat merentas negeri bagi mendapatkan bubur lambuk Kampung Baru, penduduk khususnya petugas barisan hadapan di daerah ini tidak terlepas peluang menikmati keenakan bubur lambuk terkenal itu.
Melalui inisiatif Ahli Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Jasvir Singh Ram Singh lebih 1,000 bungkus bubur lambuk Kampung Baru diedarkan kepada barisan hadapan, agensi-agensi kerajaan dan penduduk setempat di daerah ini.
DATUK JASVIR SINGH RAM SINGH
Jasvir yang juga Pegawai Khas Menteri Besar berkata, sumbangan bubur lambuk berkenaan merupakan tradisi yang dilakukannya setiap Ramadan yang merupakan tahun keempat dilaksanakan kali ini.
“Sumbangan bubur lambuk dari Kampung Baru walaupun tak boleh rentas negeri betul ..tapi bubuk lambuk tetap sampai Bentong untuk 4 tahun berturut-turut,” katanya.
GAMBAR HIASAN
Jelasnya lagi, dalam waktu pandemik ini tidak dibenarkan rentas negeri dan penduduk rata rata tidak dapat pergi merasakan bubur lambuk dan dengan sumbangan ini diharap menggembirakan mereka.
“Sumbangan ini juga adalah sebagai menghargai petugas barisan hadapan dan pelbagai agensi kerajaan serta sempena kedatangan Ramadan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan bubur lambuk Kampung Baru di sini semalam.
Bubur lambuk Kampung Baru itu diedarkan di pejabat-pejabat kerajaan, Sekatan Jalan Raya (SJR) dan juga di bazar Ramadan sekitar di daerah Bentong .
DATUK JASVIR SINGH MENGAGIHKAN BUBUR LAMBUK KEPADA ANGGOTA BOMBA BENTONG
Dalam pada itu, seorang penduduk, Mohd Syukur Che Din, , berkata, dia amat teruja sekali apabila menerima bubur lambuk Kampung Baru yang amat diminatinya.
“Dapat juga merasa walaupun tak boleh rentas negeri tapi tetap kita dapat merasa bubur lambuk dari Kampung Baru,” katanya.
MOHD SYUKUR CHE DIN
Yusarizal Yusof, memberitahu sejak pandemik Covid-19 melanda negera inilah kali pertama dia dapat kembali menikmati keenakan juadah bubur lambuk terkenal itu.
“Dapat rezeki hari ini merasa bubur lambuk KL (Kampung Baru) kalau tidak merasa langsung lah,” katanya.
YUSARIZAL YUSOF
Jelasnya beliau memang gemar bubur lambuk Kampung Baru dan tidak pernah terlepas menikmatinya pada bulan Ramadan termasuklah mendapatkannya di kampung Baru tetapi susulan pandemik Covid-19 saya tidak dapat merasa pada tahun lalu.
“Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada pihak terbabit yang bermurah hati membawa bubur lambuk Kampung Baru dan memberikannya pula secara percuma hari ini,” ujarnya.-SAHIH