KGMMB BANTU WARGA KPM MILIKI INSURAN KIFAYAHCARE
KGMMB BANTU WARGA KPM MILIKI INSURAN KIFAYAHCARE
KUALA LUMPUR: Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) melancarkan produk insuran Kifayah Care khusus untuk warga pendidik, pensyarah, pegawai pendidikan di bahagian, jabatan, pejabat pendidikan daerah dan juga anggota kumpulan sokongan dalam sektor Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, KGMMB harus dipuji dan dicontohi kerana sangat proaktif untuk memberi peluang kepada semua warga pendidik dan anggota kumpulan sokongan dalam kementerian pendidikan untuk mempunyai skim perlindungan penghospitalan dan pembedahan.
“Dalam era serba canggih dan mendepani cabaran ekonomi yang tidak menentu, skim ini sekurang-kurangnya membantu pemilik skim ini untuk mendapat rawatan di hospital swasta dan hospital kerajaan serta turut mengurangkan beban kewangan selain sebagai fardu kifayah kepada semua,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara KGMMB dengan Agensi Fauzi Abdul Jalil Sendirian Berhad di KUALA LUMPUR baru-baru ini.
Sementara itu, Presiden KGMMB, Jasni Md Kechik berkata, usaha itu dibangunkan bagi membantu warga di kementerian pendidikan memiliki skim perlindungan penghospitalan dan pembedahan yang dianggap termurah di pasaran.
Katanya, produk ini mendapat kerjasama bersama sebuah agensi insuran di bawah skim takaful untuk membantu warga pendidik di bawah KPM serta anggota sektor awam yang berkhidmat di bawah KPM, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta institusi pendidikan.
“Untuk mendapat maklumat lanjut boleh berhubung dengan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), No. 720 TINGKAT 3, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur. No Tel. 03-4045 5140 atau emel kepada admin@kgmmb.net
“Dimaklumkan skim ini dianggap termurah dalam pasaran dan mampu milik oleh semua warga pendidik dan anggota kumpulan sokongan B40 dalam KPM.
Manakala, guru yang telah bersara dan berhasrat memiliki skim ini turut dialu-alukan dan perlu membayar premium sekali gus untuk setahun.