SEORANG MAUT , TIGA CEDERA
SEORANG MAUT , TIGA CEDERA
Lipis: Seorang maut dan tiga cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 8, Jalan Lipis-Benta-Raub, jam 3.30 pagi tadi.
Mangsa, Mohamad Kharul Izwan Zamri, 25, yang memandu lori membawa muatan ubatan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kuala Lipis manakala kelindannya, Khairol Azuan Khaion, 31, cedera ringan.
Seorang lagi pemandu lori, Mohamad Mat, 55, dan kelindannya Muhammad Aiman Anuar Mohd Shuib, 20, cedera parah dan pemandu Nissan Sentra, Mohd Alizan Taib, 36, tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian berlaku selepas lori dipandu Mohamad dari arah Benta menuju ke Lipis termasuk ke laluan bertentangan dan bergesel dengan Nissan Sentra.
Beliau berkata, lori itu seterusnya bertembung dengan lori yang membawa ubatan yang juga datang dari arah bertentangan,
Azli berkata, akibat kemalangan itu, pemandu membawa muatan ubatan meninggal dunia semasa menerima rawatan.
Katanya, tiga lagi mangsa masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis kerana masing-masing mengalami kecederaan parah dan ringan, lapor HM online
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Gambar: BOMBA