BAZAR RAMADAN DI KELANTAN DIBATALKAN
BAZAR RAMADAN DI KELANTAN DIBATALKAN
KOTA BHARU : Bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri dibatalkan susulan kes Covid-19 di negeri itu mencatatkan peningkatan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin memaklumkan perkara berkenaan menerusi Facebook.
Dr Izani berkata, Madinah Ramadan juga ditukar menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) sebagai ikhtiar membendung penularan wabak berkenaan.
Semalam, Covid-19 di Kelantan mencatat 171 kes dan berada di kedudukan ketiga tertinggi selepas Sarawak dan Selangor.
Pada masa sama, Kelantan juga merekod satu kluster baru iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian yang membabitkan tempat kerja di daerah Tumpat, Bachok, dan Kota Bharu.
GAMBAR HIASAN
Media sebelum ini melaporkan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob membenarkan bazar Ramadan beroperasi sepanjang bulan puasa ini dengan kapasiti penjual dan pembeli yang bersesuaian dengan lokasi selain perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), lapor Harian Metro.
Ahmad dilaporkan berkata, penjual hanya dibenarkan melayan dua pelanggan pada satu-satu masa.