BANGUNAN AKADEMI HEVEA MALAYSIA GUNA TEKNOLOGI GALAS GETAH SEISMIK
BANGUNAN AKADEMI HEVEA MALAYSIA GUNA TEKNOLOGI GALAS GETAH SEISMIC
LANGKAWI – Bangunan Akademi Hevea Malaysia Langkawi, bangunan akademi hevea malaysia Langkawi, menjadi bangunan menara pertama di negara ini menggunakan teknologi galas getah seismik ( seismic rubber bearing) yang direka khas Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Pengerusi LGM , Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, ini merupakan satu kejayaan besar oleh penyelidik LGM dalam industri reka bentuk teknologi bangunan yang mempunyai daya tahan impak gempa bumi.
GAMBAR IHSAN LEMBAGA GETAH MALAYSIA
“Seismic bearing ini telah pun digunakan di luar negara.. contohnya di Amerika Syarikat dan England sudah ada bangunan menggunakan teknologi ini.
“Tapi di negara kita, bangunan ini antara yang pertama kita buat.. kita sudah guna teknologi sama di Lahad Datu, Sabah dan juga jambatan kedua Pulau Pinang,” katanya.
Katanya, sebelum ini lgm telah berjaya menggunakan galas getah seismic ini di pejabat LGM setinggi empat tingkat sahaja di Lahad Datu, Sabah dan mempunyai asas bangunan lebih lebar dan tinggi.
Bangunan Akademi Hevea Malaysia Langkawi setinggi 10 tingkat ini lebih unik kerana mempunyai empat kali ganda lebih tinggi dari kelebaran bangunan.
LGM telah memainkan peranan yang amat penting dalam menyokong industri pembinaan dan industri getah di malaysia melalui penggunaan teknologi galas getah seismik yang direka oleh penyelidik LGM.
GAMBAR IHSAN LEMBAGA GETAH MALAYSIA
Ahmad Nazlan berkata galas yang berlapis keluli getah ini dapat menyokong beban struktur dan menampung pergerakan tanah akibat gempa.
“Kita harap dengan adanya teknologi yang dibangunkan oleh penyelidik LGM ini, lebih banyak bangunan tinggi yang akan di bina di negara ini kelak menggunakan galas getah seismik.
“Walaupun negara kita tidak terletak di lingkaran gempa bumi, tetapi kedudukan yang berhampiran dengan negara yang mengalami gempa bumi yang mungkin turut memberi kesan kepada negara kita.
“Teknologi galas getah seismik yang dicipta ini mampu menahan gempa bumi sehingga 9 scala ritcher,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat penggunaan galas getah seismik dari ketua penyelidik Dr Nazirah Ahmad di bangunan Akademi Hevea Malaysia Langkawi hari ini.
Hadir sama ketua pengarah LGM, Datuk Dr Zairossani Mohd Nor.
GAMBAR IHSAN LEMBAGA GETAH MALAYSIA
Mengulas mengenai, pembangunan Akademi Hevea Malaysia Langkawi, beliau berkata ia adalah sebagai pusat pengumpulan data penyelidik bagi penyelidik LGM mendapatkan data bagi teknologi galas getah seismik.
Beliau berkata bangunan yang boleh menampung seramai 150 peserta pada satu satu masa itu, turut dilengkapi ruang galeri pameran galas getah seismik, dewan, bilik latihan, penginapan, dan kafeteria.
Ahmad Nazlan berkata, akademi ini turut mengujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan sosio ekonomi bagi penduduk tempatan di langkawi. – SAHIH