GADIS CUBA TERJUN LALUAN BERTINGKAT
GADIS CUBA TERJUN LALUAN BERTINGKAT
BENTONG – Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dikejutkan dengan kejadian seorang gadis yang cuba membunuh diri dengan terjun daripada laluan bertingkat di Bukit Tinggi di sini.
Berdasarkan rakaman video yang tular menunjukkan gadis berkenaan berdiri di tepi laluan bertingkat dan cuba terjun sambil dipantau oleh pasukan polis trafik.
Bagaimanapun difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 1.50 tengah hari itu pihak polis mengambil masa kira-kira 10 minit bagi memujuk dan menyelamatkan gadis berkenaan, lapor KOSMO! Online.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar mengesahkan kejadian.