PASPORT VIRUS DIPERKENALKAN
PASPORT VIRUS DIPERKENALKAN
BEIJING: China telah melancarkan program sijil kesihatan untuk pelancong, sekali gus mendahului negara-negara lain di dunia dalam rancangan memperkenalkan pasport virus, lapor AFP, hari ini.
Sijil digital itu menunjukkan status vaksinasi pengguna dan hasil ujian virus tersedia untuk warganegara China melalui platform media sosial, WeChat.
Baru dilancarkan semalam, ia bertujuan membantu mempromosikan pemulihan ekonomi dunia dan memudahkan perjalanan rentas sempadan,” kata jurucakap kementerian luar.
GAMBAR HIASAN
Begitupun, sijil kesihatan antarabangsa tersebut pada masa ini hanya untuk kegunaan rakyat negara itu dan masih belum diwajibkan.
Ia turut terdapat dalam bentuk kertas dan dianggap sebagai pasport virus pertama di dunia.
Amerika Syarikat dan Britain merupakan antara negara yang sedang mempertimbangkan implementasi dokumen serupa.
Kesatuan Eropah turut mengusahakan pas hijau vaksin bagi membolehkan warganya melakukan perjalananan di negara anggota dan luar negara.
Program China itu turut merangkumi kod QR yang dienkripsi bagi membolehkan setiap negara memperoleh maklumat kesihatan pelancong, lapor agensi media Xinhua, semalam.
Kod kesihatan QR dalam WeChat dan aplikasi telefon pintar yang lain itu diperlukan untuk mendapatkan kebenaran masuk ke tempat awam di China dan menggunakan pengangkutan awam.
GAMBAR HIASAN
Aplikasi tersebut mengesan lokasi pengguna dan menghasilkan kod hijau sinonim dengan tahap kesihatan yang baik jika pengguna tidak berhubung rapat dengan kes yang belum disahkan di samping tidak melakukan perjalanan ke lokasi berisiko.
Begitupun, sistem tersebut mencetuskan kebimbangan berhubung privasi dan perluasan pengawasan pemerintah.