POLIS TAHAN SUSPEK KES BUNUH KAKITANGAN IKRAM MALAYSIA
POLIS TAHAN SUSPEK KES BUNUH KAKITANGAN IKRAM MALAYSIA
KAJANG: Seorang suspek lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan Ikram Malaysia, Nik Khatijah Nik Mud, 32, yang ditemukan dalam keadaan leher dijerut di rumah sewanya di Taman Bangi di Kajang, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan di sekitar daerah ini jam 8.45 malam tadi.
GAMBAR HIASAN
“Suspek akan direman pagi ini,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Terdahulu, media melaporkan penemuan mayat wanita tempatan yang ditemukan dalam keadaan lehernya dijerut.
lagi berita berkaitan
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memaklumkan penemuan itu adalah hasil maklumat seorang lelaki yang memaklumkan menemui mayat seorang wanita tempatan berusia 30-an.
Nik Khatijah adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat di Ibu Pejabat Ikram sejak 2013 sebagai eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi.