DE SILVA DILAPOR GANTI HARRERA
DE SILVA DILAPOR GANTI HARRERA
KUALA LUMPUR: Adakah Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah menemui peledak gol import terbaik bagi menggantikan Jonathan Herrera?
Ia selepas salah satu media sukan dari Brazil, Opovo Online mendedahkan penyerang, Bergson Da Silva bakal menyertai juara bertahan Liga Super tujuh kali berturut-turut itu.
Da Silva yang kini bersama kelab Brazil, Fortaleza dilaporkan turut menerima tawaran dari kelab divisyen dua Brazil, tetapi lebih berminat dengan tawaran yang diberikan skuad Harimau Selatan.
Penyerang berusia 30 tahun itu pernah beraksi di Asia bersama kelab Korea Selatan, Suwon Bluewings secara pinjaman pada 2011, lapor BH Online.
JDT dikatakan sedang mengintai penyerang baharu selepas dilaporkan meminjamkan Herrera yang baru ditandatangani musim ini ke kelab Argentina, Independiente.
Skuad Harimau Selatan bagaimanapun hanya memiliki tempoh kira-kira seminggu untuk mendapatkan pengganti Herrera apabila jendela perpindahan pertama Liga M musim ini akan ditutup pada 5 Mac ini.