BONUS IKUT PRESTASI, BEBAN KERJA PUNCA PEKERJA J&T PROTES
BONUS IKUT PRESTASI, BEBAN KERJA PUNCA PEKERJA J&T PROTES
PUTRAJAYA: Pemberian bonus berdasarkan prestasi dan bebanan kerja dipercayai menjadi antara punca beberapa pekerja bahagian penghantaran serta dari bahagian gudang syarikat J&T Express (Malaysia) Sdn. Bhd. di Perak bertindak menguruskan pemunggahan bungkusan secara kasar sehingga insiden itu tular di laman sosial baru-baru ini.
Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata, siasatan pihaknya mendapati pekerja terutamanya di bahagian penghantaran bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan perubahan struktur bayaran komisen secara unilateral yang akan menyebabkan pendapatan mereka berkurangan.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Menurut KSM, pekerja-pekerja di bahagian gudang pula bertindak sedemikian sebagai protes terhadap majikan berikutan bebanan kerja yang dialami susulan peningkatan bungkusan secara mendadak.
“Pihak majikan memaklumkan bahawa isu berhubung kejadian pekerja memunggah bungkusan secara kasar telah selesai dan ia berlaku disebabkan salah faham.
GAMBAR HIASAN
“Pihak J&T telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada para pelanggan serta menjelaskan tentang sistem pemberian bonus kepada kakitangan yang menjadi punca ketidakpuasan hati kakitangan syarikat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.