TAMAN BAHAGIA & BUKIT LADA KLUSTER BANJIR
TAMAN BAHAGIA & BUKIT LADA KLUSTER BANJIR
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan 13 kluster baharu dikenal pasti pada Isnin melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja, tiga kluster komuniti dan dua kluster melibatkan kumpulan berisiko.
Salah satu kluster membabitkan petugas misi bantuan banjir di Temerloh, Pahang.
Berikut perincian bagi setiap kluster berkenaan, lapor Astro AWANI.
Kluster Taman Bahagia
Melibatkan daerah Temerloh, Pahang. Kes dikesan positif pada 20 Januari hasil saringan kontak rapat melibatkan petugas misi bantuan banjir. Seramai 69 individu disaring, 19 kes positif.
GAMBAR HIASAN
Kluster Sri Muda
Melibatkan daerah Klang, Selangor. Kes dikesan positif pada 25 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang. Seramai 304 individu disaring, 35 kes positif.
Kluster Jalan Waja
Melibatkan daerah Klang, Selangor. Kes dikesan positif pada 21 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang di Bukit Raja. Sejumlah 1,076 individu disaring, 33 kes positif.
Kluster Sungai Chemubong
Melibatkan daerah Gombak, Selangor. Kes dikesan positif pada 25 Januari hasil saringan individu bergejala. Seramai 304 individu disaring, 13 kes positif.
Kluster Jalan Indah
Melibatkan daerah Johor Bahru. Kes dikesan positif pada 25 Januari hasil saringan bersasar sebuah syarikat Taman Bukit Indah. Sebelas individu disaring, kesemua positif.
Kluster Kampung Muhibbah
Melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor. Kes dikesan positif pada 20 Januari hasil saringan individu bergejala melibatkan perhimpunan sosial. Seramai 61 individu disaring, 19 kes positif.
Kluster Jalan Firma Tiga
Melibatkan daerah Johor Bahru. Kes dikesan positif pada 11 Januari hasil saringan bersasar sebuah kilang di Tebrau. Sejumlah 160 individu disaring, 15 kes positif.
GAMBAR HIASAN
Kluster Industri Apas
Melibatkan daerah Tawau, Sabah. Kes dikesan positif pada 16 Januari hasil saringan individu bergejala melibatkan pekerja kilang. Sejumlah 51 individu disaring, 22 kes positif.
GAMBAR HIASAN
Kluster Jalan Kerinchi
Melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa, Kuala Lumpur. Kes dikesan positif pada 25 Januari hasil saringan pekerja pembersihan. 87 individu disaring, 14 kes positif.
Kluster Bukit Palah
Melibatkan daerah Melaka Tengah, Jasin (Melaka) dan Jempol, Negeri Sembilan. Kes dikesan positif pada 25 Januari hasil saringan kontak rapat. 171 individu disaring, 38 kes positif.
GAMBAR HIASAN
Kluster Kampung Pahi
Melibatkan daerah Kuala Krai, Kelantan. Kes dikesan positif pada 20 Januari melibatkan pekerja pembersihan. Seramai 44 individu disaring, 18 kes positif.
GAMBAR HIASAN
Kluster Kampung Tualang
Melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu. Kes dikesan positif pada 24 Januari hasil saringan kontak rapat. 96 individu disaring, 32 kes positif.
Kluster Kampung Bukit Lada
Melibatkan daerah Temerloh, Pahang. Kes dikesan positif pada 11 Januari hasil saringan individu bergejala. 50 individu disaring, 14 kes positif.