JASAD PEMIMPIN JADI PERINGATAN
JASAD PEMIMPIN JADI PERINGATAN
SEOUL: Pelbagai cara dilakukan untuk memperingati pemimpin negara dan salah satunya adalah, mengawet mayat mereka.
Stuff.co.nz melaporkan ada yang beranggapan jasad si mati itu akan kekal selamanya.
Malah, ada yang dijadikan sebagai pameran bagi tontonan kelompok tertentu termasuk parti yang dipimpin semasa hayat individu berkenaan.
JASAD PEMIMPIN PERTAMA SOVIET UNION, VLADIMIR LENIN/GAMBAR IHSAN AFP
Namun, kebiasaannya, mayat pemimpin ini diawet untuk mengenang jasa mereka kepada masyarakat dan negara.
Jasad pemimpin pertama Soviet, Vladimir Lenin diletakkan di dalam keranda kaca dengan tangannya terletak pada pahanya.
Dia yang meninggal dunia pada 1924, diawet dan diletakkan di keranda terbuka.
Jasadnya yang sudah berusia 90 tahun kini dipamerkan di sebuah dewan di Red Square dan orang ramai boleh melihatnya secara percuma setiap hari, kecuali Isnin, Jumaat dan Ahad, bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.
Ketika seorang lagi pemimpin Kesatuan Soviet Joseph Stalin meninggal dunia, mayatnya diletakkan di sisi Lenin namun kemudiannya dipindahkan ke lokasi lain.
JASAD MAO ZEDONG YANG KINI BERUSIA 40 TAHUN TURUT DIJADIKAN BAHAN PAMERAN
Mayat pemimpin China, Mao Zedong juga diawet dan ditempatkan di Dataran Tiananmen di Beijing untuk lawatan umum.
Pemimpin itu pernah meminta supaya mayatnya dibakar, namun jasadnya kemudian diawet selepas dia meninggal dunia.
Jasad mendiang pemimpin Vietnam, Ho Chi Minh pula diawet dan disimpan di Ba Dinh, Hanoi lokasi beliau membaca Proklamasi Kemerdekaan Vietnam pada 1945.
Disimpan di dalam bekas kaca, jasadnya dilihat kecil namun bagi rakyat negara itu, jasanya begitu besar terutama ketika membebaskan negaranya dari belenggu penjajahan.
Mayat pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il juga diawetkan.
Jasad bapa kepada pemimpin Korea Utara ketika ini, Kim Jong Un itu diletakkan di Istana Peringatan Kumsusan, Pyongyang.
Jong Il meninggal dunia pada 2011. Mayatnya diawetkan di sebuah pusat yang sama mengawet Lenin dan Ho Chi Minh.
Bekas Presiden Venezuela, Hugo Chavez juga diawetkan untuk tontonan ahli partinya.
Namun, berikutan masalah teknikal dan faktor cuaca, jasadnya mengalami kerosakan pada 2013.
Dia kemudiannya dikebumikan di Muzium Cuartel de la Montana.