MISI BANTUAN DITERUSKAN MENTERI BESAR PAHANG
MISI BANTUAN DITERUSKAN MENTERI BESAR PAHANG
MARAN : Bagi memastikan mangsa-mangsa banjir terus mendapat pembelaan sewajarnya, sumbangan dan bantuan diteruskan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Selain itu sumbangan dan bantuan turut
melibatkan sumbangan dari pihak individu iaitu Sukhdave Singh dan Balwinder juga pihak swasta, KJSS Resources Jerantut/Melaka.
Sebanyak 70 mangsa banjir di sekitar Kampung Sungai Jerik dan Kuala Sentul menerima sumbangan barangan keperluan dan makanan yang disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar yang juga Ahli Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Jasvir Singh Ram Singh.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
Jasvir berkata, bantuan berterusan yang disalurkan kepada segenap lapisan masyarakat yang terjejas itu membuktikan kesungguhan dan keikhlasan kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail membantu mangsa.
“Ia menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan rakyat berbilang kaum di negeri ini sentiasa terbela.
GAMBAR IHSAN MEDIA SOSIAL
“Terima kasih kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy atas keprihatinan ini dan terima kasih juga kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin yang membantu dalam misi sumbangan bantuan ini,” katanya.