TANAH RUNTUH DI BANJARAN TITIWANGSA
TANAH RUNTUH DI BANJARAN TITIWANGSA
GERIK: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 57, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran kawasan rehat dan rawat Banjaran Titiwangsa menyebabkan hanya satu laluan dibuka kepada pengguna.
Kejadian tanah runtuh yang berlaku kira-kira pada pukul 4 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada pengguna, lapor KOSMO! ONLINE.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmod berkata, ketika ini sepasukan anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik dan Balai Polis Bersia mengawal lalu lintas.
“Kerja-kerja pembersihan kini sedang giat dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Perak dan Belati Wangsa.
“Hujan turun renyai dan pengguna di kedua-dua arah dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.