KAPAL PAM PENYEDUT PASIR HANYUT DI SUNGAI PAHANG
KAPAL PAM PENYEDUT PASIR HANYUT DI SUNGAI PAHANG
JERANTUT: Empat belas orang penduduk Kampung Jerantut Feri dekat sini bergadai nyawa menyelamatkan sebuah kapal pam penyedut pasir yang hanyut di Sungai Pahang kira-kira jam 3 petang ini.
Menurut, Mohd Azrul Mohamad, berkata, petang tadi kami pemilik sangkar ikan sungai sentiasa memantau sangkar mereka agar tidak dihanyutkan air Sungai Pahang semakin naik dan deras.
“Kami menguatkan ikatan tali sangkar ikan agar tidak dibawa arus deras, jika berlaku paras air semakin naik dan air semakin laju.
“Ketika saya dan rakan-rakan membetulkan ikatan sangkar ikan masing masung, kami tiba-tiba ternampak kapal pam penyedut pasir hanyut kira-kira 200 meter dari tempat kami berada,” katanya.
Beliau berkata, ketika itu ada kira-kira 14 pemilik sangkar ikan berada di sepanjang sungai berpakat mengambil tindakan pantas untuk menarik kapal pam itu bimbang ia akan merempuh sangkar ikan mereka dan bakal mengalami kerugian yang besar.
Katanya, mereka tanpa berfikir panjang, mengambil langkah segera mengambil tujuh bot fiber dan mengejar untuk menghentikan kapal itu agar tidak merempuh sangkar penduduk lain di sekitar tebing sungai itu selain tidak melanggar tiang jambatan.
“Oleh kerana air terlalu deras dan menyedari kapal tersebut hanyut tanpa ada sesiapa di atasnya, maka mengambil keputusan mengejar kapal pam tersebut.
“Akhirnya setelah hampir 40 minit berhempas pulas menarik kapal pamitu dapat dihentikan di kawasan Pulau Dedari yang teletak di tengah-tengah Sungai Pahang itu berdekatan jambatan itu.
Menurut rakannya, Ramizan Mat Lia, kapal pam pasir itu sebenarnya hanyut bermula Kampung Pulau Mansok, kira-kira 7 kilometer dari tempat kerja mengorek pasir.
Katanya ia dipercayai hanyut disebabkan air terlaku deras menyebabkan ikatannya terputus.