KEMAS PAHANG JUARA KESELURUHAN
HAMPIR SEMUA ACARA DIMENANGI ANAK-ANAK DIDIK KEMAS PAHANG
KUANTAN: Kontinjen Tabika Kemas Negeri Pahang muncul juara keseluruhan Hari Potensi Kemas Peringkat Kebangsaan yang diadakan secara langsung melalui saluran Youtube atas talian baru-baru ini.
Pengarah Kemas Negeri Pahang, Zamri Muhammad berkata kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa yang memberi sokongan penuh membuahkan hasil yang terbaik.
“Hampir semua acara yang disertai turut dimenangi oleh anak-anak didik Kemas yang muncul juara di peringkat negeri sebelum itu dan dipilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan 2020.
“Saya berterima kasih kepada semua guru pembimbing dan ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada Tabika Kemas mendidik anak masing-masing dan mengilap potensi masing-masing sehingga Pahang dinobatkan sebagai juara keseluruhan,” katanya ketika dihubungi SAHIH.
Acara pidato perempuan, Nur Hadilia Rania Hanif Akbar (6 tahun) muncul juara, manakala bahagian lelaki, Musrif Muhamad Azwan (6) tempat kedua.
Bahagian acara story telling lelaki tempat kedua jatuh kepada Nik Aish Nik Mohd Ersyad Afifi (5 tahun), manakala bahagian perempuan Ishaa Mohamed Ariff (5) tempat ke-3.
Acara bercerita lelaki, Muhammad Naufal Mohd Riduan (6 tahun) jatuh tempat ke-4 dan kategori perempuan, Nur Sofia Mohd Rahmad (6) turut mendapat tempat ke-4.
Acara hafazan dan terjemahan lelaki dan perempuan masing-masing tempat ke-4 dimenangi oleh Muhammad Akil Idham Mohd Yusri (6) dan Nur Farhana Mohd Fauzi (6)
Acara boneka tangan negeri Pahang jatuh tempat ke-4 dalam pertandingan yang berlangsung selama lima hari.