GEMPA BUMI LANDA MINDANAO
GEMPA BUMI MELANDA MINDANAO
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina, pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, gegaran pada jam 7.22 pagi itu berlaku kira-kira 158 kilometer (km) selatan dari Koronadal City, Filipina pada kedalaman 10 km.
Bernama melaporkan, bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.