PKPD KUARTERS, PENJARA SEREMBAN BERMULA ESOK
PKPD KUARTERS, PENJARA SEREMBAN BERMULA ESOK
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Penjara Seremban, Negeri Sembilan, dan kuarters penjara itu, bermula esok hingga 7 Disember depan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) sudah melaksanakan 246 ujian saringan bersasar, dengan 25 kes positif COVID-19 direkodkan di penjara itu.
“Berdasarkan penilaian risiko dan atas nasihat KKM, sidang khas hari ini bersetuju melaksanakan PKPD di Penjara Seremban serta Kuarters Penjara Seremban, selama 14 hari bermula esok hingga 7 Disember ini.
“Pelaksanaan PKPD meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban, termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan yang membabitkan 2,080 orang,” katanya pada sidang media disiarkan BH Online.