97 mangsa, 28 keluarga berada di 3 PPS, Pahang
Foto atas : Mangsa ditempatkan di PPS Bandar Perwira Jaya dekat sini.
97 mangsa, 28 keluarga berada di 3 PPS, Pahang
KUANTAN : Seramai 97 orang mangsa daripada 28 buah keluarga sudah pun ditempatkan di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini sehingga jam 6 petang hari ini.
Pada jam 8 pagi tadi, cuma seramai tujuh orang mangsa daripada dua buah keluarga telah dipindahkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di PPS balai raya PPS Bandar Perwira Jaya dekat sini berikutan kediaman mereka dinaiki air.
Jurucakap APM Pahang menjelaskan dua buah PPS yang dibuka, iaitu di balai raya Setajam dengan menempatkan seramai 50 orang mangsa daripada 15 buah keluarga apabila kediaman mereka terjejas dengan banjir hari ini.
“Seramai 40 orang mangsa lagi daripada 11 buah keluarga juga dipindahkan dan ditempatkan di balai raya Bukit Lepas dekat sini mulai petang ini,” katanya dalam kenyataan di sini petang.
Menurut jurucakap tersebut, tugas pemindahan itu turut dibantu oleh anggota polis serta bomba dan penyelamat daerah ini termasuk memantau kebajikan mangsa di tiga buah PPS tersebut.
Tambahnya, anak Sungai Pahang di Rompin, iaitu Sungai Keratong di Jambatan Bahau -Keratong merekodkan bacaan paras bahaya, iaitu 23.19 meter dalam keadaan tren menaik, manakala Sungai Pukin kekal dengan waspada, iaitu 44.93 seperti yang dilaporkan pukul 8 pagi tadi.
“Tujuh batang sungai di di Maran, Bera dan Kuantan sudahpun menunjukkan paras waspada dan dua batang sungai di Bera dan Maran juga aras trend menaik berikutan hujan lebat dilaporkan sejak kelmarin.
“Kejadian hujan lebat dan ribut petir dilaporkan berlaku pada sebelah petang hari ini hingga ke pagi dan malam esok,” katanya.
Katanya, orang ramai khususnya penduduk yang tinggal di pesisir Sungai Pahang dan anak sungai perlu berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghubungi pejabat APM di daerah serta pihak berkuasa beruniform lain untuk mendapatkan maklumat yang sahih berkaitan banjir.-SAHIH.