9 KEMATIAN DICATATKAN HARI INI
9 KEMATIAN DICATATKAN HARI INI
PUTRAJAYA: Sembilan kes kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif di negara ini sebanyak 551 kes bersamaan 0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata lima kes kematian dilaporkan di Selangor, empat di Kuala Lumpur serta satu di Sabah seperti dilapor BH ONLINE.
“Kes kematian ke-542 membabitkan lelaki 78 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi dan gout serta meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh.
Turut meninggal di hospital sama ialah kes ke-544 iaitu lelaki berusia 59 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.
“Bagi kes ke-545, ia dilaporkan di Hospital Selayang membabitkan lelaki berusia 60 tahun dan mempunyai penyakit buah pinggang kronik.
“Kes ke-546 turut dilaporkan di hospital sama iaitu lelaki berusia 78 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan batu karang,” katanya.