88 LOKASI DI SEKITAR IBU NEGARA DILENCONGKAN ESOK
88 LOKASI DI SEKITAR IBU NEGARA DILENCONGKAN ESOK
KUALA LUMPUR – Sebanyak 88 lokasi di sekitar ibu negara akan dilencongkan susulan polis menerima maklumat terdapat perhimpunan dijangka akan berlaku esok.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, lencongan jalan tersebut akan bermula pada pukul 9 pagi.
“Polis ingin menasihatkan seluruh warga kota terutamanya pengguna jalan raya agar menggelakkan dari menggunakan jalan yang yang terlibat dengan lencongan tersebut.
“Sentiasa patuhi arahan anggota polis yang bertugas bagi memastikan keadaan lalu lintas sentiasa lancar dan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor KOSMO online
Mengulas lanjut, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071999 atau Hotline JSPT KL di talian 03-20260267/69.
Antara jalan yang terlibat Bulatan Pahang, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sungai Besi, Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Duta dan Jalan Sultan Ismail.