80 mangsa terkesan, hujan lebat berterusan di Pekan
80 mangsa terkesan, hujan lebat berterusan di Pekan
KUANTAN : Hujan lebat berterusan sejak malam tadi di beberapa kawasan di daerah Kuantan dan Pekan telah dilanda banjir seperti amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Di daerah Pekan, antara yang terlibat, Kampung (Kg) Pelak, Kg Bunut, Kg Paloh Hinai, Kg Permatang Chicar, Kg Tanjung, Kg Batu Balik, Kg Temai Hilir, Kg Temai Hulu, Kg Pulau Rumput, Kg Pahang Tua, Kg Acheh, dan Kg Jaya Gading.
Turut terjejas Kg Sri Damai, Kg Orang Asli Runchang, Permatang Nangka yang melibatkan 23 keluarga seramai 80 orang setakat ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bebas, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, tindakan segera anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pekan berusaha keras memindahkan mangsa-mangsa banjir yang terlibat termasuklah mengusung dan mendukung warga emas serta anak-anak kecil lebih 300 meter.
“Mangsa dibawa untuk keluar dari lokasi banjir serta dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) SK Sri Terentang, dekat sini.
“Saya menyanjung tinggi dan menghargai pengorbanan anggota JBPM yang memikul tugas dan tanggungjawab tanpa mengira masa dan penat Lelah, mereka adalah ‘hero’ kita,” katanya melalui laman sosial Facebook beliau.
Katanya, untuk memudahkan usaha anggota bomba, buah Van pejabat DUN Bebar turut digunakan bagi memindahkan mangsa banjir dan 4 orang petugas terlibat.
“Diharapkan semua mangsa bersabar, manakala orang ramai sentiasa melihat keadaan sekeliling dan mengikut arahan sekiranya perlu dipindahkan ke tem[at selamat,” katanya.-SAHIH.