2 ANGGOTA POLIS DITAHAN SPRM
Berita Jenayah
DUA ANGGOTA POLIS DITAHAN SPRM
KUALA LUMPUR: Dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah, malam tadi.
Kedua-dua anggota polis berpangkat sarjan dan koperal itu ditahan dalam satu operasi di sekitar Sandakan, Sabah, kira-kira jam 10 malam tadi.
Sumber berkata, kedua-dua suspek dikatakan meminta rasuah bernilai RM5,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas dua individu kerana memiliki barangan terlarang.
“Suspek dikatakan meminta suapan itu supaya kedua-dua mangsa tidak dikenakan tindakan atas kesalahan bersubahat memiliki barangan terlarang terbabit, Isnin lalu,” katanya kepada BH di sini, hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, selain menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.