7 PPS dibuka dan kebanyakan laluan ditutup kepada semua kenderaan di Jerantut
7 PPS dibuka dan kebanyakan laluan ditutup kepada semua kenderaan di Jerantut
Foto atas: Jambatan Sungai Kerak turut ditutup kepada semua lalu-lintas.
JERANTUT – Tujuh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir semakin meningkat dengan bilangan 177 mangsa daripada 40 keluarga di daerah ini dan beberapa lauan ditutup kepada semua kenderaan dan paras air sungai menunjukkan trend semakin menaik.
Isyarat Merah sebagai tanda amaran telah dikeluarkan kerana trend hujan renyai-renyai di kebanyakan tempat dan kadang-kala hujan sederhana lebat di satu-dua kawasan.
Semua sungai utama di daerah ini dalam keadaan amaran dan keadaan paras air sungai semakin meningkat, di Sungai Tembeling (65.36 meter) dan Sungai Retang (51.99m) dan Sungai Jelai (60.27m).
Manakala, kebanyakan jalan turut ditutup ekoran beberapa bahagian jalan mula dinaiki air. Jalan Ulu Retang Ke Merting ditenggelami air sejauh 200 meter dan sedalam 1.0 meter, Jalan Sg Lekok ke Jeransong, sejauh 100m dan sedalam 0.80 meter.
Jalan Batu Embun ke Tebing Tinggi berdekatan Masjid Tebing Tinggi, laluan tersebut turut ditenggelami air sedalam 0.60 meter; Jalan Bukti Puas ke Gintong (0.80m); Jalan Pulau Tawar ke Durian Hijau (0.80M); Jalan Kg Paya Petai ke Sg Salan (0.40m); Jalan Sg Yap ke Pasir Tambang (0.80m); dan Laluan berdekatan Bukit Atap (0.93m).
Semua laluan itu ditutup kepada semua kenderaan. Semua agensi di bawah Jawatankuasa Kecil Pemindahan dan Menyelamat Daerah Jerantut diletakkan dalam keadaan siapsedia.-SAHIH.
SUMBER: PEMANTAUAN BENCANA DAERAH JERANTUT BERTARIKH 18 Disember pada jam 4.00 petang.