618 Terima Sumbangan Prihatin Aidilfitri Pahang
618 Terima Sumbangan Prihatin Aidilfitri Pahang
JERANTUT – Seramai 618 penerima mula mendapat sumbangan prihatin Aidilfitri daripada kerajaan Pahang.
Mereka terdiri daripada pengerusi JPKK, setiausaha JPKK, timbalan pengerusi JKKR, pengerusi JPKKOA, tok batin dan ibu tunggal.
Timbalan Pengerusi JKKR Felda Jengka 24, Razak Daud berkata, sumbangan itu adalah tanda prihatin kerajaan Pahang dalam membantu meringankan bebanan penerima sempena Aidilfitri tahun ini.
“Dengan adanya bantuan seumpama ini, sudah tentu akan memberi manfaat kepada semua penerima dalam melakukan persiapan menyambut hari raya.
“Ini juga membuktikan kerajaan Pahang mengiktiraf peranan dan sumbangan JPKK dan JKKR yang menjalankan tugas dan amanah diberikan,” katanya.
Razak yang juga ketua peneroka FELDA Jengka 24 merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang sentiasa mengambil berat terhadap kesejahteraan rakyat di negeri ini.
Kerajaan Pahang memperuntukan RM157,600 bagi menyalurkan sumbangan prihatin Aidilfitri kepada 67 pengerusi JPKK, setiausaha JPKK (69), timbalan pengerusi JPKK (3), pengerusi JPKKOA seramai 12 orang.
Turut menerima sumbangan itu adalah empat orang tok batin dan 463 ibu tunggal.-SAHIH.