Remaja 14 tahun hadiri upacara keagamaan hilang di Cameron Highlands.
Remaja 14 tahun hadiri upacara keagamaan hilang di Cameron Highlands.
CAMERON HIGHLANDS – Seorang remaja, Tan Joon Tien berusia 14 tahun dilaporkan hilang daripada sebuah asrama yang dihuninya di sini pada 28 Disember 2024, kira-kira jam 4 pagi.
Ibunya dikenali sebagai Sarina memaklumkan, remaja tersebut anak ke-4 daripada empat beradik didakwa bersama lima orang lagi serta dipercayai bersama seorang ‘guru agamanya’ yang menginap di sebuah asrama di situ sejak Oktober lalu.
“Anak saya bersama lima orang dan guru agamanya pergi ke tanah tinggi Cameron Highlands untuk menghadiri upacara keagamaan Buddha.
“Anak saya tidak tinggal bersama saya kerana dia duduk bersama ‘guru agamanya’ dan tidak mengetahui bila tarikh sebenar anak saya berangkat ke sana (Cameron Highlands),” katanya ketika dihubungi di Jinjang Utara, semalam.
Kata ibunya, anaknya berkeadaan sihat fizikal dan mental tanpa sebarang masalah dan kali terakhir berkepala botak.
Ibunya berharap, sesiapa mempunyai sebarang maklumat tentang Tan Joon Tien, sila hubungi balai polis berdekatan dengan segera atau hubungi nombor telefonnya : 016-331 8391.
Sementara itu, Superintendan Azri Ramli mengesahkan telah menerima laporan kehilangan remaja tersebut di Balai Polis Brinchang pada 29 Disember lalu dengan berkepala botak.
Katanya alamat terakhir remaja itu berada di No 9, Persiaran Orientaly Lily 4, Taman Oriental, Tringkap, dekat sini.