6 PENUMPANG EKSPRES TIMURAN DIMINTA BUAT SARINGAN
BERIKUTAN SEORANG PENUMPANG POSITIF COVID-19
KOTA BHARU: Enam penumpang yang menaiki kereta api Ekspres Timuran dari Johor Bharu ke Tumpat pada 10 November lalu, diminta tampil menjalani ujian saringan COVID-19.
Menurut laporan BH Online, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata ia susulan seorang penumpang kereta api terbabit disahkan positif COVID-19.
Katanya, enam penumpang berkenaan dari koc T6 memegang tiket dengan nombor siri T201152111087, T201035922381, T201078130791, T201182443886, T201176241266 dan T201193852880.
“Kita meminta enam penumpang berkenaan tampil menjalani ujian saringan COVID-19,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, Kelantan mencatatkan lapan kes terbaru menjadikan 93 kes aktif dalam tempoh dua minggu.
Daripada jumlah kes terbaru itu, lima kes adalah kontak rapat Kluster Kaya, manakala dua kes kontak rapat Kluster Mengketil.