6 maut dalam cubaan melarikan diri daripada depot Imigresen
Foto atas: Antara tahanan yang melarikan diri dari depot ditahan semula
6 maut dalam cubaan melarikan diri daripada depot Imigresen
BANDAR BAHARU, Kedah – Enam tahanan maut ketika melintas di KM 168 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke selatan di Jawi dalam cubaan untuk melarikan diri daripada Depot Imigresen Sementara Relau Bandar Baharu, Kedah pada 6.50 pagi , hari ini.
Enam yang maut antara 528 etnik Rohingya daripada 664 tahanan melarikan diri daripada depot sementara itu pada jam 4.30 pagi.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis Pulau Pinang berjaya menahan semula 229 etnik Rohingya yang melarikan diri di kawasan Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan menghala selatan.
Manakala, seramai 88 orang lagi ditahan oleh penduduk kampung dan Jabatan Imigresen di kawasan tidak jauh dari depot itu.
“Polis Pulau Pinang membantu mengesan 205 orang tahanan lagi terdiri daripada kanak-kanak hingga warga emas dipercayai masuk ke negeri itu untuk melarikan diri,” katanya.-SAHIH.