6 Barang Wajib Ada Sebelum Pergi Bercuti
Sudah merancang pergi bercuti dalam negara tapi jangan lupa bawa barang yang penting untuk kemudahan diri sendiri. Dalam keadaan sekarang, pergi bercuti perlu mengutama kebersihan dan kelengkapan yang rapi. Jangan ambil ringan. Pakai pelitup muka dan sentiasa bawa hand sanitizer untuk membersihkan tangan.
Sementara menunggu tarikh percutian, anda perlu buat persiapan dan pack barang. Selain pakaian, ada beberapa barang yang dianggap tidak perlu tetapi sebenarnya penting. Untuk memudahkan anda semasa bercuti, bawa enam barang ini. Tak payah risau semua barang ini mudah dicari dan murah.
Vacuum Bag
Ini sebenarnya sangat sesuai untuk perempuan. Kalau pergi travel walaupun tiga hari, mesti nak bawa baju banyak. Nak OOTD sepanjang bercuti, beg mesti jadi besar dan berat. Vacuum bag boleh mengurangkan ruang dan berat luggage. Masukkan baju atau jaket yang anda nak bawa dan sedut udara keluar. Lipatan baju anda akan jadi senipis-nipisnya. Bolehlah sumbat banyak lagi baju!
Tuala Microfiber
Material yang nipis dan menyerap air dengan baik. Yang penting tuala microfiber mudah kering dan kalau dilipat tidak setebal tuala material kapas.
Penyangkut Baju Lipat
Nampak macam tak penting. Kenapa kena bawa penyangkut baju masa travel, kan? Kalau menginap di hotel mungkin ada sediakan penyangkut baju kalau di tempat yang murah dan bajet inilah masanya anda gunakan penyangkut baju untuk sidai tuala, baju atau jaket. Boleh dilipat dan mudah disimpan.
Travel Bottle Kit
Lecehkan nak bawa sabun, syampu, krim penjagaan muka yang botol besar. Semua makan ruang. Beli travel bottle kit dan isikan sabun mandi, syampu dan keperluan anda mengikut kuantiti yang diperlukan.
Beg Kosmetik
Eh bukan kena letak barang make up tapi boleh letak barang keperluan dan botol-botol kecil, berus gigi, ubat gigi, barang elektronik seperti charger, wayar telefon atau powerbank. Masukkan semua barang dalam beg ini. Boleh hand carry atau masuk dalam luggage. Tidak bersepah dan mudah dicari.
Botol Air Lipat
Ini sangat penting! Bawa botol air lipat. Mudah dibawa, mudah disimpan dan boleh digunakan bila-bila masa. Tak perlu beli air botol di kedai, pakai sahaja botol air lipat untuk isi air RO. Jimat dan selamat. Boleh kempiskan dan isi air semula. Jangan guna botol air plastik, jaga alam sekitar.