6 AKAUN BANK KOLEJ SWASTA KENA BEKU
6 AKAUN BANK KOLEJ SWASTA KENA BEKU
GEORGE TOWN: Pihak berkuasa membekukan enam akaun bank sebuah kolej swasta di sini, susulan siasatan penggubahan wang haram membabitkan salah seorang pengarahnya.
Sumber memberitahu Free Malaysia Today siasatan itu dipercayai sebahagian daripada satu siasatan pelbagai agensi oleh polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang ahli perniagaan, yang juga pengarah kolej berkenaan.
GAMBAR HIASAN
Menurut sumber itu, pembekuan akaun bank berkenaan menyebabkan gaji kira-kira 200 kakitangan kolej itu dibelenggui tanda tanya.
Menurut sumber, akaun terbabit dijangka dibekukan sekurang-kurangnya tiga bulan.
Difahamkan, kira-kira 200 akaun lain ahli perniagaan berkenaan, rakan niaga, dan sekutunya juga dibekukan.
Sumber sama turut memberitahu Free Malaysia Today, tindakan terkini terhadap pengarah kolej itu dan rakan niaganya sebahagian daripada siasatan lebih besar susulan satu serbuan.