SKM salur geran RM2.375 juta kepada koperasi Pahang
SKM salur geran RM2.375 juta kepada koperasi Pahang
SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) menyalurkan geran bantuan dan tabung modal pusingan berjumlah RM2.375 juta kepada gerakan koperasi di Pahang tahun lalu.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
SKM, AMRAN ABDUL KADIR berkata mengikut rekod pihaknya, sehingga 31 Disember 2022, perolehan (turnover) gerakan koperasi di Pahang adalah berjumlah RM970.17 juta.
“Ini adalah perolehan kedua tertinggi keseluruhan Malaysia selepas Wilayah Persekutuan.
“Pelbagai dasar, garis panduan dan inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan oleh SKM membuktikan betapa kerajaan sentiasa komited dalam memastikan nasib rakyat terbela, agihan kekayaan yang saksama serta memacu ekonomi negara agar terus berkembang maju,” katanya.
Beliau berkata, SKM sebagai agensi mengikut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sentiasa berusaha keras untuk memastikan agar setiap koperasi berdaftar di Malaysia mampu mencapai objektif dan aspirasi penubuhannya, terutama dalam membantu ekonomi rakyat yang berpendapatan rendah.
“Saya menyeru kepada para koperator di negeri Pahang ini untuk terus memperkasa dan meningkatkan daya saing koperasi, agar dapat terus maju ke hadapan serta merebut peluang ekonomi tersedia, bersatu padu, saling bekerjasama dan bekerja keras untuk membuat perubahan ke arah transformasi Pahang menjadi negeri yang lebih maju,” katanya.— SAHIH