5 NELAYAN HILANG
5 NELAYAN HILANG: BOT DIPERCAYAI BOCOR SEBELUM KARAM
BESUT: Lima nelayan tempatan termasuk seorang tekong dikhuatiri hilang dalam kejadian bot dinaiki mereka dipercayai karam dalam kejadian di perairan Pulau Perhentian, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari itu dipercayai akibat bot mereka mengalami kebocoran dan dimasuki air serta dipukul ribut akibat cuaca buruk.
BERNAMA melaporkan, operasi mencari dan menyelamat dilakukan APMM Tok Bali dan anggota polis Pulau Perhentian sejurus laporan diterima pada 7.45 malam semalam namun sehingga kini kesemua mangsa masih belum ditemukan.
Menurut Abdul Rozak polis difahamkan sebelum kejadian berlaku tekong bot terbabit sempat menghubungi sebuah bot nelayan lain untuk meminta bantuan selepas bot mereka dimasuki air.
Katanya tekong berkenaan turut memaklumkan mereka berada berdekatan perairan Kelantan dan Pulau Perhentian.
Namun Abdul Rozak berkata selepas itu bot berkenaan tidak dapat dihubungi lagi dan dikesan.
Katanya mangsa yang dikhuatiri hilang adalah dua beranak iaitu tekong bot, Tuan Azaha Tengku Long @ Mansor, 46, dan anak lelakinya dikenali sebagai Mat Rizal, 21, dari Kampung Tebing Tinggi, Pasir Puteh, Kelantan.
Tiga yang lain ialah awak-awak dikenali sebagai Mamat, 24, dari Tok Bali, Kelantan; Sakri, 30, dari Pasir Puteh, Kelantan dan Ujang, 30, dari Penarik, Setiu.
EMPAT SELAMAT, SATU HILANG, BOT KARAM DI PERHENTIAN - SAHIH
January 1, 2021 @ 9:00 pm
[…] LIMA NELAYAN HILANG DI PULAU PERHENTIAN Sahih – Berita-berita Terkini Yang Pasti Sahih Dan Tepat | Dapatkan berita sahih dan cari tajuk utama berita terkini yang pasti sahih dan tepat melalui saluran blog berita sahih dot com dot my. Tak pasti jangan kongsi! JALAN KUANTAN-SEGAMAT KM 63, 67 RUNTUH […]