45 MAUT DIPIJAK DI TANZANIA
45 MAUT DIPIJAK DI TANZANIA
MOSCOW – Sekurang-kurangnya 45 orang maut akibat dipijak semasa bersesak-sesak pada upacara penghormatan awam terakhir mendiang Presiden Tanzania, John Magufuli, lapor Sputnik.
Menurut akhbar tempatan Citizen memetik polis, hampir 37 lagi cedera. Laporan awal mengatakan lima orang terbunuh.
Magufuli meninggal dunia pada usia 61 tahun di sebuah hospital di Dar es Salaam di Tanzania, lapor AFP.
Pihak kerajaan menyatakan kematian presiden disebabkan masalah jantung setelah berjuang melawan penyakit itu selama sedekad.
Bagaimanapun pembangkang mendakwa Magufuli mengalami gejala Covid-19 yang teruk.