400 peneroka Felda Lembah Klau yang ditenggelami bina empangan dengan bayaran pampasan setimpal
Foto atas : Sebahagian tanah peneroka Felda Lembah Klau yang diambil telah ditenggelami air untuk pembinaan empangan
400 peneroka Felda Lembah Klau yang ditenggelami bina empangan dengan bayaran pampasan setimpal
RAUB – Kira-kira 400 peneroka Felda Lembah Klau mahukan hak bayaran pampasan tanah kebun mereka dibayar dengan harga yang setimpal mengikut harga semasa setelah diambil oleh pihak kerajaan untuk membina Empangan Klau pada tahun 2007.
Seramai 98 orang peneroka yang memiliki 10 ekar tanah kebun setiap seorang yang ditenggelami air sepenuhnya disebabkan pengambilan tanah telah tidak mempunyai pendapatan pekebunan sejak empangan yang melibatkan seluas kira-kira 24 kilometer persegi itu dibina pada tahun 2006.
Manakala, kira-kira 300 tanah kebun peneroka turut ditenggelami air sebanyak 2 ekar setiap seorang mahukan bayaran pampasan yang lebih adil dan telus.
Salah seorang peneroka yang terbabit dengan kebun yang ditenggelami sepenuhnya, Tengku Badri Tengku Jaafar (58) berkata, dia telah menduduki di Felda Lembah Klau sejak 1965 mengikut bapa dan ibunya berpindah ke situ.
Tanahnya miliknya seluas 10 ekar ditenggelami air sejak 2007 dan tidak mempunyai pendapatan dan hidup hanya bergantung bayaran pampasan pada 2007 dengan harga 99 sen sekaki persegi sahaja.
“Kalau ikutkan harga penilaian yang dijanjikan pada tahun tersebut, setiap peneroka yang terlibat akan dibayar dengan harga RM 3.45 sen sekali persegi.
“Pada ketika itu, kami setuju menghantar dan menandatangai Borang H ke pejabat tanah pada 2007 atau 2008, borang itu sebagai diterima dengan bantahan,” katanya ketika ditemui di Majlis Dialog Peneroka Felda Lembah Klau yang terlibat dengan isu Tanah Empangan Klau dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), hari ini.
Katanya, mereka tiada pilihan lain untuk mendapatkan keadilan selepas beberapa pertemuan dengan pihak berkaitan termasuk kerajaan, Felda, pegawai daerah dan negeri yang sehingga kini belum memberi maklum balas.
Seorang lagi peneroka di situ yang terlibat, Kamarul Yusof (62), sejak tanah kebunnya ditenggelami air, dia sendiri tidak tahu statusnya samada sebagai seorang peneroka atau tidak kerana tidak lagi melakukan kerja kebun.
“Saya dibayar pampasan sebanyak RM400,000 dengan harga 99 sen sekaki, kami pernah menghantar memorandum memohon untuk dibayar dengan harga yang dijanji tetapi sepi tanpa sebarang jawapan dan tiada tindakan daripada pihak tertentu.
“Harapan kami hanyalah mendapatkan hak kami semula dan dibayar dengan harga semasa pada ketika itu untuk kami meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.
Pengerusi Diskriminasi dan Salahlaku, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Mohd Fakrunizam Ibrahim berkata, isu ini dianggap satu penindasan dan penipuan oleh pihak tertentu dengan bayaran pampasan tidak mengikut harga semasa ketika itu.
“Pada tahun 2007 / 2008, harga ditawarkan bernilai RM 3.45, sebaliknya dibayar dengan harga 99 sen yang pada perkiraannya tidak setimpal.
“Peneroka juga tidak dipanggil untuk perbincangan sebaliknya ada orang tengah didakwa bertindak sebagai wakil kepada peneroka di Felda ini,” katanya.
Katanya, sebanyak 51 laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil telah dilakukan pada 18 Ogos lalu dan 12 laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut dilakukan pada hari yang sama.
‘Setakat ini, belum ada apa-apa maklum balas daripada pihak SPRM sebaliknya beberapa individu telah dipanggil untuk membantu siasatan.
“Sekiranya isu masih berlarutan, memorandum akan dihantar kepada Yang Dipertuan Agong dan mengambil tindakan undang-undang kepada yang terbabit.
“Selain itu, intergriti perlu ditegakkan dan mahu kegiatan rasuah dapat dihapuskan yang boleh meruntuhkan sesebuah negara itu,” katanya.-SAHIH.