TIGA SEKOLAH DITUTUP DAN 5 KAWASAN PKPD DI PEKAN
TIGA SEKOLAH DITUTUP DAN 5 KAWASAN PKPD DI PEKAN
SEBELUM ITU EMPAT SEKOLAH DITUTUP DI PEKAN AKIBAT PENULARAN COVID-19
PEKAN: Tiga buah sekolah menjadikan jumlah keseluruhan tujuh sekolah di daerah Pekan ditutup kerana berlakunya penularan wabak Covid-19 di sini.
Sekolah yang ditutup itu mulai 9 April hingga 22 April ialah Sekolah Berasrama Penuh (SPBI) Integrasi Pekan, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pekan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Serai.
Sebelum itu, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdullah, Jalan Haji Montok, Pekan; SK Peramu Jaya, Bandar Baru Peramu Jaya, Pekan dan SK Indera Shahbandar, Jalan kampung Marhum, Pekan turut ditutup mulai 6 April hingga 16 April.
Ibubapa di sekolah berasrama itu tidak perlu risau kerana anak mereka akan dipantau sebaik mungkin di samping tiada aktiviti untuk mengambil anak masing-masing untuk pulang ke rumah masing-masing.
Sementara itu, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima kawasan di daerah Pekan, Pahang bermula 9 sehingga 22 April ini.
Keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan situasi
kes Covid-19 Kluster Teknologi Peramu Jaya di daerah tersebut.
Menurut beliau, kluster itu melibatkan pekerja kilang yang tinggal di Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Perkampungan Peramu Jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan.
“KKM telah melaksanakan 495 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 67 kes positif Covid-19 telah direkodkan dari kluster ini.
“KKM mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan Covid-19 di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi,” katanya.